Sharp Teknik Andrew's Pitchfork


Artikel asal dan diterjemahkan 
Make Sharp Trades Using Andrew's Pitchfork - Investopedia 

Dicipta dan dinamakan sempena penganalisa pasaran teknikal terkenal Dr Alan H. Andrews - 'Market Master' yang juga dikenali sebagai garpu rumput andrew boleh digunakan oleh para trader untuk mewujudkan peluang menguntungkan dan swing dalam pasaran.

Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengenal pasti pergerakkan dan mengukur kitaran keseluruhan pasaran untuk jangka masa panjang.

Di sini akan menerangkan bagaimana teknik ini boleh dijadikan sebagai petunjuk yang tepat dalam perdagangan anda dan pendekatan yang berbeza untuk anda meraih keuntungan dalam dan luar garisan andrew's pitchfork.

Definasi Pitchfork

Andrew's Pitchfork (dirujuk sebagai "kajian garisan median") kaedah ini diiktiraf secara meluas oleh trader berpengalaman. 

Kaedah ini setanding dengan kaedah barisan 'support' dan 'resistance', tetapi untuk teknik ini ia mampu menggunakan dua barisan 'support' dan 'resistance' dimana garisan tengah 'garisan median' atau 'median line' bertindak sebagai kedua-dua 'support' dan 'resistance' dalam 'pseudo-regression line'

Dr Alan H. Andrews percaya bahawa 80% 'price action' tindakan pasaran harga akan cenderung ke arah garis median dan turun naik atau perubahan dalam sentimen menyumbang baki 20%. Secara teori pada keseluruhan trend jangka panjang dapat dijangka lebih kukuh tidak kira turun naik yang lebih kecil. 

Jika perubahan sentimen dan permintaan 'supply' & 'demand' beralih, pasaran harga akan mewujudkan satu trend baru. Situasi ini boleh mewujudkan peluang-peluang meraih keuntungan besar dalam pasaran. 

Para trader diluar sana juga boleh mendapatkan ketepatan teknik perdagangan ini dengan menggunakan Andrew's Pitchfork dengan kombinasi indikator teknikal yang lain.


Pengunaan Pitchfork 

Cara mengaplikasi Andrew Pitchfork, trader harus mengenal pasti harga tinggi 'high' dan rendah 'low' sebelum ini yang telah berlaku pada carta. Titik pertama iaitu pivot atau paksi yang berada diantara harga tertinggi terendah dan dilabelkan sebagai titik 'A'

Setelah paksi 'pivot' telah dipilih, trader perlu mengenal pasti kedua-dua puncak harga tertinggi dan lembah terendah sebagai titik 'B' dan 'C'

Apabila titik-titik ini diletakkan, pembentukan bermula dengan titik paksi 'pivot' (titik 'A') dan ia berfungsi sebagai garis median. garisan yang terbentuk oleh kedua pasangan (titik 'B' dan 'C') adalah sebagai 'support' dan 'resistance' yang membentuk sebuah trend atau channel menaik atau menurun.

sila lihat kajian gambar rajah dibawah atau click pada trade journal kami
Pasaran Forex USDJPY - April 10th - 14th 2017



Pasaran Forex USDJPY - March 27th - April 03rd 2017



Pasaran Spot Metal XAUUSD - Nov 17th '16 - April 17th 2017





Pasaran Spot Metal XAUUSD - April 10th - 17th 2017


click pada trade journal kami untuk analisa yang lain
PITCHFORK TRADE JOURNAL


 Gambar Sejarah Analisa Andrew's Pitchfork





Andrew's Pitchfork adalah berdasarkan kepada undang-undang ketiga gerakan Newton. 

"Bagi setiap tindakan, terdapat tindak balas yang sama dan berlawanan" dan juga 
"Bagi setiap tindakan positif ada reaksi negatif." Jadi, apabila pasaran naik, ia mesti turun. 

Peraturan Pengunaan Andrew's Pitchfork 

Sebelum dan semasa menggunakannya sentiasa ingat bahawa:

  1. Kebarangkalian pergerakkan harga kearah garis median adalah tinggi. 
  2. Apabila mencapai garis median, pergerakkan harga akan berpatah balik atau melepasi garis median dan teruskan pergerakkan.
  3. Selepas melepasi garis median, harga akan retrace dan retests garis median kemudian teruskan pergerakkan. 
  4. Pergerakkan harga biasanya akan berpatah balik di mana-mana garis median atau di garis median selari 'lower parallel or upper parallel'. 
Adalah penting untuk menguasai peraturan ini sebelum anda mula menggunakan Andrew's Pitchfork dalam trading anda. 

Ini adalah antara teknik dalam analisa kami gunakan untuk jangkaan pergerakkan yang tepat dengan keadaan sentiment pasaran semasa.




Comments

Popular Posts