Psikologi dalam Forex Trading 'Psychology of Forex Trading'


Dalam bidang Forex anda boleh lihat satu perkara tentang bagaimana kebanyakan trader berfikir semasa masuk dalam bidang pasaran Forex. Kebanyakan trader mengalami corak pemikiran dan emosi yang berbeza semasa mereka berdagang Forex, dan anda boleh belajar banyak perkara-perkara penting daripada perbezaan pemikiran seorang trader yang dalam keadaan loss dan trader yang profit. 

Sebenarnya kejayaan dalam pasaran Forex bukan bergantung sepenuhnya kepada sistem atau strategi yang anda gunakan, ia sebenarnya bergantung kepada mindset anda dan bagaimana anda memikirkan dan bertindak balas kepada pasaran itu sendiri. anda harus mempunyai strategi trade yang berkesan dan tidak mengelirukan diri sendiri, contoh jika anda mempunyai perniagaan sudah tentu anda harus menguruskan perniagaan anda dengan betul dan menguruskan emosi anda dengan betul juga, jika anda tidak melakukan kedua-dua perkara ini. ia boleh memberi kesan yang anda tidak akan memperoleh keuntungan dalam pasaran Forex untuk jangka masa yang panjang. 

Lihat Pengertian Tentang 'Psikologi Trading'

Emosi dan keadaan mental yang sebenar akan menentukan kejayaan atau kegagalan dalam seorang trader itu. Psikologi trading merujuk kepada aspek-aspek dalam keadaan bagaimana mental setiap trader yang membantu menentukan sama ada dia akan berjaya dalam 'buy' dan 'sell' untuk mengaut keuntungan. psikologi trading juga merujuk kepada antara sifat-sifat penting yang lain seperti ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam menentukan kejayaan seorang trader itu.

Selain itu, disiplin dan pengambilan risiko juga adalah dua aspek yang paling penting dalam psikologi trading, kerana setiap pelaksanaan trader merangkumi aspek-aspek ini adalah amat penting dalam membentuk sebuah pelan trade yang berjaya. sememangnya setiap manusia mempunyai rasa takut dan tamak antara dua emosi yang paling terkenal yang berkaitan dengan psikologi trading, akhir sekali emosi yang mendorong tingkah laku dalam trading adalah harapan dan penyesalan.

Ringkasan & Contoh 'Psikologi Trading'

Untuk teruskan pengertian psikologi trading, mari kita pertimbangkan beberapa contoh emosi yang berkaitan.

Greed/Tamak - Sifat ini pasti hampir akan membuat kehilangan wang dengan sekelip mata. Apabila trader bersifat tamak dan tidak mengambil keuntungan kerana mereka rasa market selama-lamanya akan memihak kepada mereka. Satu lagi perkara biasa berlaku iaitu trader selalu lakukan adalah menambah 'layer' dalam position mereka semata-mata kerana pasaran telah bergerak memihak dalam pemikiran mereka, anda boleh menambah jika anda berbuat atas sebab-sebab berasaskan tindakan harga yang logik, tetapi jika berbuat demikian hanya kerana pasaran telah bergerak dan memihak anda sedikit ini biasanya satu tindakan yang menunjukkan sifat tamak. Jelas sekali, risiko akan bertambah pada trade anda dari sejak awal lagi. Maksud di sini adalah anda perlu berhati-hati dengan sifat tamak atau overtrade, kerana ia boleh memusnahkan akaun anda dengan cepat.

Fear/Ketakutan - Trader menjadi takut memasuki pasaran biasanya apabila mereka masih baru dalam pelaburan Forex ataupun mereka yang belum menguasai strategi trade yang berkesan. Ketakutan juga boleh timbul pada seorang trader selepas mereka berada dalam keadaan loss yang berterusan atau mengalami kerugian yang lebih besar daripada apa yang mereka jangkakan. Untuk mengatasi ketakutan dalam pasaran Forex, anda terutama sekali perlu memastikan anda tidak mengambil risiko modal yang lebih banyak daripada jangkaan anda dan memastikan anda betul-betul OK dengan kerugian yang akan berlaku pada setiap entry. Jika anda betul-betul OK dengan kehilangan jumlah modal yang dilaburkan maka tiada apa yang perlu ditakutkan. Kadangkala emosi ketakutan boleh membuatkan mereka ketinggalan bila ada peluang entri market yang baik.

Revenge/Balas Dendam - Ada juga di antara trader yang rasa mahu "membalas dendam" dalam pasaran apabila trade mereka dalam keadaan loss dan pemikiran mereka bahawa "pasti" kerugian itu dapat diatasi dengan entri yang baru. Perkara utama di sini anda harus fahami bahawa tidak ada perkara yang "pasti" dalam trading dan saya ulangi ia sebenarnya tidak pernah. Jika anda telah mengalami kerugian wang yang terlalu banyak pada akaun anda, akhirnya jika bila anda rasa terdapat peluang yang baik anda akan terus mencuba dan melompat kembali di pasaran untuk mengatasi kerugian yang lepas sebenarnya ini perkara biasa yang hanya membawa anda kepada kerugian berterusan atau kadang-kadang yang lagi besar sebab anda hanya berdagang dengan emosi.

Euphoria/Ghairah - Walaupun perasaan ghairah satu perkara yang baik, ia sebenarnya boleh melakukan banyak kerosakan kepada akaun anda selepas 'win' trade dengan jumlah yang besar atau 'win' trade secara berterusan. Emosi ini boleh membuat trader terlalu yakin 'over-confident' selepas beberapa 'win' trade dalam pasaran dan atas sebab ini keghairahan untuk terus memasuki kembali segera dalam pasaran dengan merasakan setup trade anda masih "sempurna" sebenarnya perasaan ghairah itu akan membuat anda tidak berasaskan realiti dan berfikir bahawa semua yang anda lakukan dalam pasaran akan beralih jadi emas hingga melupakan tentang risiko sebenar dalam pasaran Forex. Kunci disini untuk diingatkan bahawa pelaburan Forex adalah untuk jangka panjang dan berisiko, jika anda mempunyai kelebihan setup trade dengan kebarangkalian yang tinggi, anda akhirnya akan membuat keuntungan dalam jangka panjang jika anda mempunyai kelebihan berdisiplin dalam pelaburan Forex. Tetapi, walaupun kelebihan anda adalah 70% untuk berjaya dari masa ke masa, anda mungkin akan tetap gagal dalam 30%. Jadi untuk menyimpan fakta ini dan dijadikan garis panduan dalam fikiran setiap trader bahawa anda harus sentiasa ingat bahawa anda tidak pernah tahu setiap entri anda akan berjaya atau gagal.

• Bagaimana untuk mendapatkan dan mengekalkan mindset perdagangan yang berkesan


Cara untuk mendapatkan dan mengekalkan mindset dalam dagangan Forex yang berkesan adalah daripada anda melakukan banyak perkara yang betul, dan ia biasanya mengambil masa untuk sedar bagi setiap trader mencapainya. Ia tidak semestinya sukar untuk dicapai, tetapi jika anda tekad untuk membangunkan mindset perdagangan yang berkesan, anda perlu menerima fakta tertentu tentang perdagangan Forex dan kemudian berdagang dalam pasaran Forex dengan fakta-fakta ini dalam fikiran.

1. Anda perlu tahu apa strategi trade anda dan anda perlu menguasainya. Anda perlu menjadi seorang "sniper" yang tenang dan membuat analisa fundamental dan teknikal dalam pasaran bukannya jadi "mesin penembak", ini melibatkan mengetahui keseluruhan strategi trade anda sebelum anda merisikokan wang hasil titik peluh anda sendiri. Anda harus mempunyai pelan trade dan jurnal trade dan menggunakannya secara konsisten. Anda perlu memikirkan trade Forex seperti perniagaan dan bukannya seperti berjudi di kasino.

2. Anda perlu sentiasa mengurus risiko anda dengan betul. Jika anda tidak mengawal risiko anda pada setiap trade, anda membuka pintu untuk trade dengan emosi. tanpa pengurusan risiko yang baik akan membuka lagi ruang untuk anda terus berada dalam kerugian malah yang makin besar. Pengurusan risiko adalah kunci untuk mengekalkan modal akaun anda dan mencapai kejayaan dalam trading Forex.

3. Anda harus sedar untuk tidak 'over trade'. Jangan mulakan dengan 'over trade' dan anda harus mengekalkan disiplin trading pada setiap masa. Anda perlu tahu had anda dan 100% kepastian setiap kali anda memulakan entri. Anda juga perlu tahu perbezaan antara tidak melawan trend dan mengikut trend terkini dalam pasaran.

Comments

  1. terlalu bersemangat dalam trading juga tidak bagus katena bisa berpotensi menghasolkan overtrade, sehingga mestinya trader bisa mengendalikan diri lebih baik, dengan memanfaatkan akun demo maka sihat sifat negatif dalam trading di octafx bisa diperbaiki

    ReplyDelete
  2. Artikel yang bermanfaat, dimana untuk strategi trading itu harus kita maksimalkan dengan baik, dimana kita bisa jalankan trading dengan lebih terarah, dan di broker gainscopefx dalam jalankan trading dengan ingin memilih metoda trading seperti Hedging/Lock, Scalping, Martingale, Averaging, News Trading, dan sebagainya, termasuk penggunaan segala macam jenis Robot Forex telah tersedia dengan fasilitas yang baik dengan tingkat terpercaya dana, dan juga telah teregulasi resmi seperti MiFID , FCA UK , MFSA. Dan yang pasti nyaman, aman untuk aktifitas trading yang akan di jalankannya

    ReplyDelete
  3. Dengan selamanya ane gabung bersama ACY ini dimana ane tidak ada kendala permasalahan nya, dengan dimana cepat masalah eksekusi, dana trading terpercaya, pelayanan yang ramah, bonus yang menarik, dengan adanya pelatihan online nya juga, yang pasti untuk saat ini ane merasakan dimana kepuasan dan juga kenyamanan dengan telah gabung nya bersama broker terbaik seperti ACY ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts